Feature Post

Kelebihan Akaun CDS UOB dan Cara Nak Buka Akaun

Apa kelebihan buka akaun CDS UOB? Sy terangkan didalam entry kali ini kelebihan dan juga cara-cara untuk buka akaun CDS UOB. Boleh buka dengan sy. Nanti akan masuk dalam channel klien under sy. 

Apakah kelebihan membuka dan menggunakan akaun trading UOB Kay Hian?
1. Bayaran transaksi yang rendah (Low transaction fees) (dari 0.1% atau minimum RM8)
2. FREE premium live chart (worth more than RM300 per annum). Cuma buat masa ni hanya available untuk mobile version.
3. Auto stop loss function - Membantu untuk tingkatkan profit dan kurangkan risiko / loss.
4. Boleh trade oversea market (HK, Shanghai, Shenzhen, US, SG, MY) dengan kos transaksi yang RENDAH dan TIADA bayaran tersembunyi. 
5. Multinational research reports are available.
6. Stock analysts seluruh dunia dan boleh join free classes / webinar / seminar setiap bulan.
7. Multiple fundamental and technical functions.
8. Bayaran transaksi (brokerage fee) boleh dikurangkan dengan reward point. 
9. 2.3% annual interest for your money inside your trust account

Bahasa rojak. Asal boleh faham ok la tu ya. Untuk kelebihan lain boleh baca sini ya. 

1) Kelebihan Platform Akaun CDS UOB

2) Cara Trade Saham Dengan Phone Guna ChartGenie UOB

Berapakah Brokerage / Transaction Fee UOB CDS?

Cash account
0.1% flat or RM 8 min

Collateral account
3 times limit on cash
2 times on shares

0.1 intraday
0.2 over RM100k carry forward
0.3 under RM100k carry forward
or RM8 min

T7 account same rate as collateral account. Plus 0.3% DF fees if drag more than 3 days.
(Advantage able to swing longer to 8 days)

Foreign trading rate
0.42% under RM100k
0.3% over RM100k

There is Min rate.

Apakah Dokumen yang diperlukan untuk buka akaun CDS UOB?

1) Salinan Kad Pengenalan (IC), depan dan belakang satu page

2) Bank akaun statement 3 bulan. Satu salinan. Bank tak perlu ada banyak duit. Sbb untuk kegunaan semasa buat withdrawal dan jika ada bayaran dividen dan bonus

3) Bayaran RM10 untuk bayaran stamping.

Bagaimana cara nak buka akaun CDS UOB?

i)  Kalau tinggal berdekatan dengan Putrajaya / Dengkil / Bangi boleh set jumpa kat mana, kita isi borang sambil minum teh tarik. Boleh whatsapp / telegram sy di nombor phone ni ya : 011-13133281.

ii) Kalau tinggal jauh dan ada printer, boleh download  borang dengan klik link di bawah. Nanti print, isi follow sample yang disediakan dan kemudian pos ke alamat sy di UOB KL. 

 Klik untuk download : Borang CDS Pembukaan Akaun CDS UOB

iii)  Buka secara online. Panjang nak explain ni. Sila follow langkah demi langkah ya. Sebab ramai sebelum ni yang isi online kena reject sbb silap isi borang. 

1) Klik link berikut untuk buka akaun secara online : https://www.utrade.com.my/ClientOnBoarding/openaccount

Akaun keluar window macam ni. Klik pada Equities then klik Continue.

2) Kemudian akan muncul window seperti dibawah. Baca satu persatu dan sediakan siap-siap. 

Ada 5 step yang perlu ditempuhi. Ini step yang pertama. Supporting dokumen. W-8Ben Form tu download, print dan isi. Tulis dibahagian nama dan sign sahaja. Lain-lain dlm form tu tak perlu isi. Sehelai je form ni. Buat bayaran RM9 ke akaun yang disediakan untu bayaran stamping. Scroll bawah sambungan macam kat bawah ni.
 
Untuk surirumah atau student klik sample cara nak isi. Tak bekerja pun boleh buka akaun cds, asalkan umur 18 tahun dan keatas. Untuk Branch pilih KL ya sbb sy pun branch di KL. Baru boleh jadi klien sy dan masuk dlm channel support yang sy sediakan. Jangan pilih branch yg dekat dengan rumah, sbb nanti remiser lain. So, just pilih KL branch ya. Masukkan dealer coder I0R74. Bahagian "How do you know about UOB Kay Hian?" tu isi RTF ya. Rujukan sy untuk klien yang buka CDS dengan sy.  Ok scroll lagi. Ni baru step satu ya. Tu sebab ramai suka print borang, isi dan pos ke alamat sy di UOB KL. Macam lebih mudah. 


Seterusnya, pilih jenis akaun. Ada dua pilihan. Colleterised Account (akan dapat limit trade 2x or 3x dari modal yang kita masukkan dlm cds, tapi kena T3 kena pickup or force selling). Cash Upfront (trading limit berdasarkan berapa amaun yang kita masukkan ke dalam akaun cds). Kemudian, pilihan samada nak buka akaun syariah atau tidak. (kalau buka akaun syariah, tak boleh beli kaunter tak syariah. kalau tekan buy pun akan kena reject. jadi lebih mudah nak control dari terbeli kaunter saham tak syariah, cuma masalahnya, kalau pilih syariah akaun tak boleh trade foreign market (US stock, Singapore, Hong Kong). So, kalau minat nak trade US stock, klik No. Settlement pilih "in MYR Currency" lebih mudah. Untuk Live Foreign Market Data, klik No dulu. Nanti kemudian boleh request sbb live data kena bayar. Dah isi semua, klik "Proceed To Next Section".

Kemudian akan ke window seperti diatas. Step no. 2. Isi mana yang berkenaan ya.

Sambungan. Isi alamat residence type, contact number dan email address. Pastikan no telefon dan email isi betul-betul ya. Jangan silap isi sebab nanti UOB akan send email dan contact melalui phone boleh akaun dah siap atau kalau ada apa-apa kesilapan. Kemudian klik "Proceed To Next Section"

Kemudian akan keluar window seperti diatas. Isi mana yang berkenaan.

Scroll bawah masukkan Banking Data. Kemudian klik "Proceed To Next Section"

Kemudian akan muncul window ini. Step no. 4. Isi mana yang berkenaan.

Scroll bawah ada bahagian dia tanya ada commitments with any financial institution? kalau ada, klik yes dan isi commitment type dan juga total value facilities. Untuk soalan bawah sekali tu klik "YES". Then, klik "Proceed To Next Section" untuk step no. 5 dan yang terakhir.

Untuk step no. 5, File Upload. Pastikan dah scan semua dalam bentuk file pdf dan klik pada kotak untuk upload.

Scroll lagi ke bawah. Akan jumpa ni. Upload jugak. W-Ben form tu download, print, isi (nama dan sign sahaja), kemudian scan dan upload. Electronic signature pun sign di atas kertas A4 putih. Ambil gambar dan upload. Kemudian scroll ke bawah lagi. 


Akan jumpa bahagian "Acknowledgement and Declarations". Tick je semua kotak sampai bawah. Ada banyak jugak kena tick.
Last sekali lepas abis tick kotak, akan jumpa "Submit My Application". Lepas klik ada terima acknowledgent seperti dibawah. Nanti SCREENSHOT dan send kepada sy di whatsapp or telegram ke nombor phone ini : 011-13133281. Sertakan juga NAMA PENUH dan juga NOMBOR KAD PENGENALAN ya untuk rekod sy dan UOB.

Ok panjang lebar dah ni. Kalau ada apa2 problem nak tanya boleh juga whatsapp dan telegram sy ya. Or boleh juga komen kat bawah. Terima kasih.


Ulasan

Catat Komen

Catatan popular daripada blog ini

Penggunaan Time Frame Dalam Berdagang Saham

Emosi Seorang Trader