Jemput Lawat Website Teknik Trade

Website Baru TeknikTrade.com

Memperkenalkan website terbaru sy iaitu tekniktrade.com . Berhijrah ke laman web yang lebih bersih dan berinformasi. Blog ni macam terlalu berserabut pulak dan susah nak manage susun aturnya. Jadi, sy create website baru dan beberapa entry dari blog ini akan di bawa bersama ke website tekniktrade.com . Jemput la lawat ya. Website akan sentiasa dikemaskini dengan perkongsian ilmu dan news yang berkaitan serta akan ditambahbaik dari semasa ke semasa.  Untuk blog content, terbahagi kepada 3 bahagian iaitu News (update terkini berita berkaitan dengan kaunter dan dunia saham), Stocks Pick & Analysis (dikumpulkan disini stocks pick oleh broker house sepanjang minggu dan juga analisis kaunter) dan Education (penulisan tentang teknik trade dan pembelajaran). Di website ini juga, para trader boleh subscribe video-video pembelajaran pelbagai topik teknik trade. Boleh ulang-ulang tonton hingga faham. Semoga bermanfaat. KLIK SINI untuk semua topik pembelajran dan pemantapan ilmu yang ada. Jemp

Accreditation

Accreditation

Jemput la follow tanda sokongan. Terima kasih.

Kelebihan Platform Akaun CDS UOB

Oleh sebab sy pengguna CDS UOB dan juga Marketing Representative (MR) untuk UOB, maka disini sy kongsikan kelebihan yang terdapat pada paltform CDS UOB. Kalau nampak menarik dan berminat nak buka akaun UOB, boleh la whatsapp / telegram nombor phone ni ya : 011-13133281. Terus bagi no phone. Untuk makluman, kita boleh buka banyak akaun CDS dengan pelbagai broker ya, bukan boleh buka satu je. So, kalau dah ada akaun CDS M+ or HLE or Rakuten or apa-apa je, masih boleh buka akaun CDS UOB. Cuma satu akaun CDS boleh buka untuk satu nama sahaja. Maksudnya, seorg tu tak boleh ada dua akaun CDS UOB dalam satu masa yang sama. Begitu juga dengan broker yang lain. Sy akan tulis beberapa entry berkenaan dengan CDS UOB selepas ini, untuk entry yang pertama ini sy kongsikan tentang Tools, Rewards dan Seminar UOB.  Boleh juga tonton video di bawah ini :

Lepas dah ada akaun CDS UOB, boleh login ke CDS Platform, nanti akan jumpa button "Tool" dan "Rewards" seperti diatas.
Bila klik "Tools" akan jumpa 6 pilihan diatas ini. So, sy akan kongsikan satu persatu ya. 

 Jemput LIKE Facebook Page saya ya :
 

1) TECHANALYZER

Bila klik pada "TechAnalyzer", window seperti diatas akan terbuka. So, boleh la pilih dan kaji kaunter yang tersenarai. Biasanya kita akan tengok Top 5 Bullish Rules. Siap ada "Backtesting Success Rate" lagi tu. Mmg mudah nak pilih kaunter yang berpotensi. Dibahagian "TechAnalyzer" ini,  kita diberi 4 pilihan. Tengok bahagian berwarna biru dibawah logo UOB tu. Ada "Top Strategies", "My Strategies", "Charts" dan juga User Guide. "Top Strategies" seperti yang sy kongsikan diatas ni. 

Ini pula bahagian "My Strategies". Boleh la setting sendiri kombinasi mana yang rasa menarik. Kena godek-godek la. Bila dah pilih mana yang berkenan, then klik "Screen", button merah kat bawah tu. Nanti akan keluar semua kaunter yang berkenaan dengan setup kita td. 

Kalau klik "Charts" maka akan keluarlah chart :-) Boleh search kaunter mana nak tengok chart. Boleh masukkan indicator. Boleh garis-garis trendline dan juga support & resistance, jangan lupa tekan save ya. Selain tu, boleh juga klik pada "Announcement" kalau ada apa-apa announcement dan juga klik pada Notes kalau nak tulis apa-apa.

Kalau nak memahami cara penggunaan "TechAnalyzer", boleh la klik pada "User Guide", ada diterangkan satu persatu cara penggunaan. Menarik kan?

IKLAN

2) CHARTGENIE

Seterusnya, "CHARTGENIE". Menarik chartgenie ni. Pada bahagian kiri, jika semasa trading session (Isnin - Jumaat, 9pg - 12.30tghari & 2.30ptg - 5ptg), akan keluar senarai kaunter dengan "Signal Strength" samada bullish atau bearish. Banyak signal seperti RSI oversold, RSI overbought, Bullish MACD Crossover, Bearish MACD crossover, Volume increase, breakout with volume dan sebagainya. Kita boleh klik pada kaunter, nanti akan keluar chart di sebelah kanan. Siap ada support dan resistance terus. Risk dan reward juga dah tolong kira. Dekat bawah pula ada komen tentang kaunter yang kita klik tu.

3) SHAREXPLORER

ShareXplorer ni guna dia untuk explore dan mengkaji tentang sesuatu kaunter. Lebih kepada fundamental analysis. Ada 5 pilihan iaitu "Overview", Consensus Estimates (kalau ada yg buat kajian tentang target price), Financial, News dan Management.

Kalau klik pada "Financial", maka akan keluar semua maklumat kewangan tentang kaunter yang kita tengah kaji tu. 

Klik pada "News", akan keluar senarai News berkaitan tentang kaunter.

4) STOCK SCREENER

Bila klik pada "Stock Screener" akan keluarlah macam-macam kriteria untuk dipilih. Sebelah kanan ada bahagian "Enable", tick mana yang berkenan kemudian tekan butang "Search". Ada 5 pilihan kriteria iaitu "Basic", High Div Yield", "Value Stocks", "Blue Chips" dan juga "Advanced".

 5) USER GUIDE

USER GUIDE untuk cara penggunaan platform CDS UOB dan juga penggunaan Apps Utrade di phone untuk mobile trading. Ada banyak pilihan, klik je mana yang nak tahu, nanti akan keluarlah guide. Tentang "Queue Analysis" pun ada. Untuk setup "Stop Limit" dan "Limit if Touch" juga boleh klik guide.

 
Contoh kalau klik User Guide untuk " Stop Limit", akan keluar 5 page langkah demi langkah bagaimana nak setting stop limit. Menarik kan?

6) STOCK ALERT

Bahagian Stock Alert ni, kita boleh setup alert untuk kaunter-kaunter kajian. Bila tiba masanya alert muncul, kita akan dimaklumkan di email. Ok selesai tentang function "TOOLS". Sy kongsikan tentang rewards pulak.

 REWARDS

Klik pada button "REWARDS" makan akan keluar macam ni. Available rewards point yang terkumpul. Boleh redeem.

 
Boleh redeem tiga benda ni. "Market Depth 5 Layer", "Price Feed - untuk trade market luar negara" dan juga "Trade Rebate - untuk rebate brokerage fee"

Untuk 1,100 point, boleh redeem brokerage rebate RM50. Rebate RM10 pun ada lupa nak screenshot. Kalau ada 4000 point, boleh redeem RM200 brokerage fee rebate. Wow. Ok, last, tentang Seminar.

SEMINAR

Dekat sebelah tepi kanan, boleh klik "Seminars"

 

Ada 3 kategori Seminar yang kita boleh join secara PERCUMA. Boleh pilih kategori mana yang berminat. Ada kategori "Trading Platforms & Foreign Market", "Technical & Fundamental Analysis" dan juga "Market Strategy & Hot Stocks".

Sy selalu join seminar di bawah kategori "Technical & Fundamental Analysis" dan "Market Strategy & Hot Stocks".  Alang-alang masa tulis entry ni ada seminar "Picking Winning Stocks Using Fundamental Analysis". Terus register la.

Ok, cukup untuk kali ini, Menarik kan platform CDS UOB ni kan? Berminat nak register akaun CDS UOB? Nanti akan masuk channel telegram khas sy untuk klien CDS UOB lepas akaun dah siap. Kalau berminat nak buka akaun CDS UOB, boleh la whatsapp / telegram no. telefon ini ya : 011-13133281

Dokumen yang diperlukan :

1) Salinan IC depan belakang

2) Statement akaun 3 bulan

3) Bayaran stamping RM10

Iklan, Jika berminat untuk pelajari Pakej Lengkap Belajar Analisis Teknikal, boleh klik pada image di bawah :


Ulasan

Catat Ulasan

Entry Yang Menarik Perhatian Ramai

Kaunter Saham Berkaitan Emas / Gold di Bursa Malaysia

Fundamental Analysis : Kesan EPS Pada Pergerakan Harga Saham

Pengalaman Sukar dan Susahnya Berurusan Dengan RHB Bank

Penerangan dan Kajian Market Depth

Mudahnya Trade Dengan Fibonacci Retracement

Paling Banyak Dibaca

Penggunaan Time Frame Dalam Berdagang Saham

Kelebihan Akaun CDS UOB dan Cara Nak Buka Akaun

Mudahnya Trade Dengan Fibonacci Retracement

Teknik Setup Garisan Support dan Resistance SnR Yang Power dan Ngam-Ngam Sentuh

Trade Saham FIFO dan Intraday

Penerangan dan Kajian Market Depth