Jemput Lawat Website Teknik Trade

Website Baru TeknikTrade.com

Memperkenalkan website terbaru sy iaitu tekniktrade.com . Berhijrah ke laman web yang lebih bersih dan berinformasi. Blog ni macam terlalu berserabut pulak dan susah nak manage susun aturnya. Jadi, sy create website baru dan beberapa entry dari blog ini akan di bawa bersama ke website tekniktrade.com . Jemput la lawat ya. Website akan sentiasa dikemaskini dengan perkongsian ilmu dan news yang berkaitan serta akan ditambahbaik dari semasa ke semasa.  Untuk blog content, terbahagi kepada 3 bahagian iaitu News (update terkini berita berkaitan dengan kaunter dan dunia saham), Stocks Pick & Analysis (dikumpulkan disini stocks pick oleh broker house sepanjang minggu dan juga analisis kaunter) dan Education (penulisan tentang teknik trade dan pembelajaran). Di website ini juga, para trader boleh subscribe video-video pembelajaran pelbagai topik teknik trade. Boleh ulang-ulang tonton hingga faham. Semoga bermanfaat. KLIK SINI untuk semua topik pembelajran dan pemantapan ilmu yang ada. Jemp

Accreditation

Accreditation

Jemput la follow tanda sokongan. Terima kasih.

Latar Belakang Trader Marhaen

Sy mula trade dengan serius sejak beberapa tahun lepas. Sebelum ni kerja sebagai Civil Engineer, specialist in water quantity, water quality, flood mitigition & water structure. Setelah lebih 10 tahun bergelumang dan bermain-bermain dengan hujan, sungai, longkang dan laut maka mengambil keputusan untuk berehat. Sebab memandangkan anak pun dah nak mula bersekolah, eloklah sy duduk rumah bersama anak-anak dan isteri. Pagi-pagi hantar anak sekolah, tengah hari ambil pula. Sambil-sambil tu trade saham. Kalau bekerja sebagai engineer sebelum ni, memang susah nak luangkan masa bersama keluarga. 

Mula dengan belajar trade di internet, youtube dan buku. Then, join kelas saham harga yahudi. Ingatkan akan bertambahlah skill dan teknik untuk berdagang saham. Hasilnya macam harejad. Hahaha. Apa yang sy belajar sendiri di internet, youtube & baca buku lebih banyak ilmunya daripada join kelas saham harga yahudi yang iklannya berlegar-legar di internet dan fesbuk. Skrg siap ada billboard di tepi jalan. Memang diorng kaya jual kelas je la. Tak payah nak trade. Kelas asas dah RM4000, then lepas tu akan masuk group support. Takde apa support pun. Tapi, setiap hari akan lalu lalang iklan kelas peringkat yang seterusnya. Ada yang yuran RM2000, yuran RM2500, yuran RM8000. Kejadahan apakah itu? Ingatkan keluar modal banyak dah boleh pandai trade saham, tp rupanya apa yang diajar adalah asas bersaham. Boleh baca diinternet, tengok di youtube dan baca di buku, lebih detail lagi penerangannya. Sebab tu, jangan ingat yg mahal itu bagus, yang mudah itu tak bagus bila berkaitan dengan ilmu. Kadang atas dasar keikhlasan untuk membantu, ada org sanggup buat kelas yang murah dan mampu milik tapi pengisiannya sangat padat dan mudah difahami. Kelas apa yg harga yahudi tu? malas nak sebut nanti teremosi pulak...hahaha, boleh la KLIK SINI kalau nak baca ya. Sama je pengalaman tu. Jadi, atas sebab kekecewaan yang amat sangat dengan kelas saham harga yahudi, sy kembali belajar di internet, di youtube dan buku pdf. Semuanya sy kumpulkan dalam satu buku scrap. Jadi saya akan lebih mudah untuk refer dan akan lebih faham setiap sesuatu teknik dan juga penggunaan indicator-indicator saham. Dimana ada kemahuan disitu ada jalan. 

Masa mula bersaham dulu, loss tu memang banyak jugak la. Cuma loss tu sy anggap sebagai modal pembelajaran. Sbb sy banyak back test teknik trade & indicator. Untuk memahami teknik dan indicator saham, kita kena tekan buy baru tau betul-betul bagus or tidak pemahaman tentang teknik dan indicator tu. So, perlahan-lahan makin faham tentang teknik trade yang boleh memberi keuntungan konsisten dan juga lebih faham tentang penggunaan indicator. Maka sedikit demi sedikit, loss sebelum ini dapat di kutip semula. Anggap kasi pinjam dkt bursa sblm ni. Dah bila semua loss dapat di kutip, makan bermulalah hidup sebagai full time trader yang serius. Kemudian ilmu yang sudah difahami, dikongsikan dengan rakan-rakan trader yang lain. Semakin banyak berkongsi ilmu, semakin sy memahami teknik bersaham dan penggunaan indicator saham. Ok, nanti sambung lagi. Banyak lagi nak tulis tapi nanti la sambung kemudian. Sy akan kongsikan bagaimana untuk menjadi full time trader dan berapa modal yang diperlukan?


Ulasan

Entry Yang Menarik Perhatian Ramai

Kaunter Saham Berkaitan Emas / Gold di Bursa Malaysia

Fundamental Analysis : Kesan EPS Pada Pergerakan Harga Saham

Pengalaman Sukar dan Susahnya Berurusan Dengan RHB Bank

Mudahnya Trade Dengan Fibonacci Retracement

Kelebihan Akaun CDS UOB dan Cara Nak Buka Akaun

Paling Banyak Dibaca

Penggunaan Time Frame Dalam Berdagang Saham

Kelebihan Akaun CDS UOB dan Cara Nak Buka Akaun

Mudahnya Trade Dengan Fibonacci Retracement

Teknik Setup Garisan Support dan Resistance SnR Yang Power dan Ngam-Ngam Sentuh

Trade Saham FIFO dan Intraday

Penerangan dan Kajian Market Depth