Jemput Lawat Website Teknik Trade

Website Baru TeknikTrade.com

Memperkenalkan website terbaru sy iaitu tekniktrade.com . Berhijrah ke laman web yang lebih bersih dan berinformasi. Blog ni macam terlalu berserabut pulak dan susah nak manage susun aturnya. Jadi, sy create website baru dan beberapa entry dari blog ini akan di bawa bersama ke website tekniktrade.com . Jemput la lawat ya. Website akan sentiasa dikemaskini dengan perkongsian ilmu dan news yang berkaitan serta akan ditambahbaik dari semasa ke semasa.  Untuk blog content, terbahagi kepada 3 bahagian iaitu News (update terkini berita berkaitan dengan kaunter dan dunia saham), Stocks Pick & Analysis (dikumpulkan disini stocks pick oleh broker house sepanjang minggu dan juga analisis kaunter) dan Education (penulisan tentang teknik trade dan pembelajaran). Di website ini juga, para trader boleh subscribe video-video pembelajaran pelbagai topik teknik trade. Boleh ulang-ulang tonton hingga faham. Semoga bermanfaat. KLIK SINI untuk semua topik pembelajran dan pemantapan ilmu yang ada. Jemp

Accreditation

Accreditation

Jemput la follow tanda sokongan. Terima kasih.

Average Down Untuk Kurangkan Kerugian Dalam Bersaham

Harga saham bergerak zig zag maka setiap kenaikkan akan disusuli dengan penurunan yang biasanya dipanggil profit taking , pulback , retracement, correction atau dalam bahasa Malaysia berehat. Sekarang nampaknya pasaran atau market dalam fasa penurunan sementara maka ramailah trader-trader yang kecidukkan. Seperti biasa, trader mudah lupa, asalkan nampak kaunter hijau je laju tekan buy. Sudahnya tersangkut. Ada dua penyelesaian kalau tersangkut iaitu cut loss ataupun average down. Biasanya, kalau dah banyak sangat loss hinggakan tak sampai hati nak cut loss, maka boleh la average down untuk kurangkan loss / kerugian ataupun kadang-kadang dapat kembali profit. Cuma, lebih elok kalau kaunter tu uptrend. Sebab kaunter uptrend, walaupun turun nanti dah abis retrace dan siap buat tapak, akan kembali mendaki ke atas semula. Kalau beli kaunter downtrend, boleh juga average down, tapi hanya untuk kurangkan loss dan kadang-kadang boleh keluar dengan sedikit keuntungan. Jangan simpan pulak. Nanti turun semula lagi banyak loss jadinya sbb jumlah lot dah bertambah. Downtrend ni dia zig zag ke bawah so jarang akan kembali ke harga beli sebelum ni. Paling penting kena tau dekat mana nak sambut (average down) dan kat mana nak tekan sell (kalau average down kaunter downtrend). Jadi disini sy kongsikan cara untuk average down ya. Semoga bermanfaat. 

Jemput LIKE Facebook Page saya ya :
 

Ada dua contoh. Contoh 1, belian pertama lebih kurang dekat dengan puncak pada harga 0.340 dengan belian sebanyak 100 lot. Elok je beli, esoknya start junam. Tak cut loss. Junam sampai touch support di 0.245 (tgk CDS dah loss RM950). Kemudian esoknya keluar reversal candle, maka tekan buy skali lagi pada harga 0.260 contohnya. Beli 100 lot juga. Kalau jumlah lot yang sama senang nak kira. Purata harga 0.340 + 0.260 / 2 = 0.300. Jadi, bila tengok pada portfolio CDS, jumlah lot belian akan menjadi 200 lot pada harga purata 0.300. Bila harga naik ke 0.300, portfolio dah putih. Naik 0.310 dah profit RM200. Jadi tak perlu la nak tunggu harga kembali ke 0.340. Bila dah hijau semula, boleh la jual ataupun simpan je la selagi dia nak sambung naik. Naik semula ke 0.340, dah profit RM800. Boleh faham kan?

Contoh dua berbeza dengan contoh 1. Contoh 2 beli pada harga 0.620, 120 lot. Harga naik 0.640 tak jual, esoknya turun ke 0.590 pun tak jual. Maka, dah loss & portfolio merah. Tunggu sampai habis retrace / turun dan kaunter dah siap setup tapak. Boleh average down. Contoh kat atas, Rebounce di trendline (0.490), maka boleh cuba average down di 0.500. Beli lebih banyak lot. Contoh 150 lot pada harga 0.500. Maka, seperti kiraan pada rajah diatas, selepas average down, portfolio CDS akan bertukar menjadi 270 lot pada harga purata 0.5533. Dari 0.500 nak ke 0.5533 tak jauh sangat berbanding nak ke 0.620. Jadi, kalau sambung naik ke 0.550 pun dah boleh jual dengan loss yang sangat sedikit. 

Ada satu video penerangan tentang average down dan juga average up di bawah topik Money Management. Video bertajuk "Teknik Scan Kaunter, Kiraan Risk Reward Ratio dan Money Management"


Begitulah serba sedikit tentang bagaimana nak kurangkan loss yang banyak dalam bersaham dengan average down. Kesimpulannya, jangan guna semua modal yang ada, tinggalkan sedikit atau separuh untuk average down. Satu lagi kesimpulan, hormatilah trading plan. Beli dekat dengan support, jauh dengan resistance. Low risk high reward. Penyebab utama loss banyak adalah tak cut loss bila bocor support ataupun beli dipuncak dimana harga dekat dengan resistance jauh dengan support. High risk, low reward. Not good. :-) Semoga bermanfaat. Kongsikan la dengan rakan-rakan trader yang lain ya jika rasa bermanfaat. Jemput juga follow blog ini sebagai tanda sokongan.Terima kasih.

Iklan, Jika berminat untuk pelajari Pakej Lengkap Belajar Analisis Teknikal, boleh klik pada image di bawah :


Ulasan

Entry Yang Menarik Perhatian Ramai

Kaunter Saham Berkaitan Emas / Gold di Bursa Malaysia

Fundamental Analysis : Kesan EPS Pada Pergerakan Harga Saham

Pengalaman Sukar dan Susahnya Berurusan Dengan RHB Bank

Penerangan dan Kajian Market Depth

Mudahnya Trade Dengan Fibonacci Retracement

Paling Banyak Dibaca

Penggunaan Time Frame Dalam Berdagang Saham

Kelebihan Akaun CDS UOB dan Cara Nak Buka Akaun

Mudahnya Trade Dengan Fibonacci Retracement

Teknik Setup Garisan Support dan Resistance SnR Yang Power dan Ngam-Ngam Sentuh

Trade Saham FIFO dan Intraday

Penerangan dan Kajian Market Depth