Jemput Lawat Website Teknik Trade

Website Baru TeknikTrade.com

Memperkenalkan website terbaru sy iaitu tekniktrade.com . Berhijrah ke laman web yang lebih bersih dan berinformasi. Blog ni macam terlalu berserabut pulak dan susah nak manage susun aturnya. Jadi, sy create website baru dan beberapa entry dari blog ini akan di bawa bersama ke website tekniktrade.com . Jemput la lawat ya. Website akan sentiasa dikemaskini dengan perkongsian ilmu dan news yang berkaitan serta akan ditambahbaik dari semasa ke semasa.  Untuk blog content, terbahagi kepada 3 bahagian iaitu News (update terkini berita berkaitan dengan kaunter dan dunia saham), Stocks Pick & Analysis (dikumpulkan disini stocks pick oleh broker house sepanjang minggu dan juga analisis kaunter) dan Education (penulisan tentang teknik trade dan pembelajaran). Di website ini juga, para trader boleh subscribe video-video pembelajaran pelbagai topik teknik trade. Boleh ulang-ulang tonton hingga faham. Semoga bermanfaat. KLIK SINI untuk semua topik pembelajran dan pemantapan ilmu yang ada. Jemp

Accreditation

Accreditation

Jemput la follow tanda sokongan. Terima kasih.

Berminat Nak Trade Saham Tapi Macammana Nak Mula?

Zaman sekarang ramai orang yang ekonominya terkesan dengan Covid19 ni. Ada yang kena buang kerja, gaji tak dibayar, bisnes terpaksa tutup & macam-macam masalah kewangan lain. Tengah stress fikir masalah ekonomi, layan Facebook. Bila layan Facebook, lalu lalang pulak iklan kelas saham. Pantang klik satu, memang makin banyak iklan yang akan lalu lalang sebab Facebook ni dia ada robot yang detect iklan apa yang kita klik. Link dengan google pulak tu. Bila kita klik or search, dia akan guna keyword tu utk post iklan berbayar sepanjang kita scroll Facebook. Nampak lazat pulak bersaham ni. Dalam iklan semua profit ribu-ribu, ratus-ratus ribu. Tutup Facebook, gi kedai beli telur sbb malam nak makan telur mata garing ditepi, cair ditengah dititiskan kicap berserta potongan halus cili padi. Fuh memang mengiurkan. Sepanjang nak ke kedai, pasang radio keluar pulak iklan saham tak hensem tak pe, janji kaye. Dengan modal RM10 dah boleh bersaham. Guna henpon je. Ada otak tak? tanya beliau dalam iklan tu?kencang sungguh iklan-iklan beliau, sgt bersemangat tapi bagi yang sudah terjebak dengan dunia saham perasaan apabila mendengar iklan-iklan itu pastinya muncul perasaan yg sama. Hahaha.. apakah perasaan itu? Nanti tau la..pasal iklan kelas saham percuma tu, boleh baca sini jugak : https://www.faizulmsta.com/2022/02/seminar-labur-saham-percuma-signal.html

Jemput LIKE Facebook Page saya ya :
 

Bila hari-hari dah kena brainwash, maka timbullah minat nak belajar trade saham. Nasihat saya, jangan join kelas yang mahal-mahal. Tak semestinya kelas mahal tu bagus, kelas murah tu tak bagus. Kadang-kadang yang murah tu lebih bagus. Ok, sy senaraikan checklist macamana nak trade saham.

  1. Mula-mula kena buka akaun CDS dulu. Ada banyak broker cuma kalau nak murah, pilih la UOB / M+. Rate dia murah. Mcmmana nak register CDS?boleh juga buka akaun CDS UOB dengan sy. KLIK SINI ya untuk detail cara nak buka.  Lupa pulak nak bgtau, nak buka CDS pengerasnya RM10 utk bayar stamping. Tu yg iklan radio cakap dengan RM10 dah boleh bersaham. 
  2. Proses nak bukak CDS ni bukan mcm nak bukak buku akaun bank or ASB. Arini isi borang, arini juga boleh dapat. Biasanya ambik masa 1 minggu lebih kurang. Bertabahlah. Ramai sangat minat nak trade saham skrg ni sbb iklan menjual impian bersepah-sepah. So, jadi jem di bahagian pemprosesan di Bursa Malaysia.
  3. Sementara nak siap CDS, boleh la google teknik-teknik trade saham. Blog sy ni pun banyak penulisan tentang ilmu trade saham. Tinggal nak godek-godek, baca, faham dan praktikkan je. Group telegram saham pun bersepah. Search je dkt telegram. Join la group bincang saham tu. At least nampak la sikit-sikit apa yg diorg bincang tu. Jangan join group Forex pulak. Itu lain, bukan saham. Forex ni high risk. Ramai yang hilang duit dengan Forex sebab kena margin call. Saham ni pulak kalau tgh rugi selagi belum jual, tak kira rugi lagi. Kalau tak silap, Forex ni tak syariah. So, kalau nak keberkatan dalam mencari rezeki, carilah yang patuh syariah.
  4. Cari kelas saham yang murah-murah, jangan terus terjebak dengan kelas saham berperingkat (upsell) harga yahudi. Kelas saham harga RM30 pun ada. RM50 pun ada. RM100 pun ada. KLIK SINI untuk kelas saham yang murah tapi berkualiti. Jangan join yg mahal-mahal. Banyak ceramah agama dengan motivasi je. Kelas sehari, setengah jam sebelum abis baru belajar tentang saham. Itu pun asas apa itu saham. Berkenalan dengan guru saham dulu. Join kelas dia yang murah-murah. Tgk cara penyampaian. Mudah faham tak? ada share chart tak or banyak share pasal kekayaan or banyak sembang je. Kalau banyak ceramah agama & motivasi, sila abaikan. Cari lain. Kita cari kelas belajar saham bukan kelas motivasi or nak dengar ceramah. Rugi je duit bayar kelas mahal-mahal tapi masih tak reti nak buat duit dengan saham. Setiap hari masih tertanya-tanya nak masuk kaunter apa dan masih menunggu buy call dan kajian org lain. Baik guna duit tu untuk modal bersaham.
  5. Buku saham pun banyak. Boleh la beli. Tapi, banyak buku dalam bahasa English. 
  6. Youtube pun banyak org post ajar teknik trade saham. Boleh la search. Boleh juga tonton video belajar saham percuma di Youtube Channel saya : https://www.youtube.com/user/fizwan5809/videos.
  7. Ramai yang tertanya-tanya, berapa modal kalau nak bersaham ni? Untuk permulaan, paling banyak RM3000 jangan lebih. Paling kurang RM1000. Jangan kurang dari tu sbb rugi bayar brokerage je nanti. Dengan modal RM3000, cuba teknik-teknik trade yang dah belajar. Masuk kaunter yg atas RM1, biar beli lot kecil tapi emosi lebih tenang dan lebih mudah belajar teknik trade. Cari teknik yang kena dengan jiwa. Teknik yang selalu menang. Maksud sy selalu profit. Sebab dalam bersaham ni bersepah teknik. Ada yg sangat mudah. Ada yang berserabut nak paham. Nak paham pun susah mcm mana nak untung? Hahaha. 
  8. Jangan beli saham super penny. Bawah 20 sen. Haramkan diri anda dari menyentuh saham bawah 20 sen. Ramai yang baru belajar trade saham, salah konsep. Beli kaunter bawah 10 sen. Contoh beli saham harga 5 sen, sebab modal ada RM1500 boleh beli 300 lot saham. Naik 1 sen dah untung RM300. Cuma slalu mereka lupa or tak tau, jatuh 1 sen pun rugi RM300, jatuh 2 sen dah rugi RM600. Hampir separuh modal hilang. Satu lagi kaunter super penny ni jalan dia mcm siput sedut. Nak naik 1 sen pun kadang makan hari. Beli kaunter mahal pun tak pe. Risiko rendah. Contoh, ada modal RM1500, beli kaunter Vivocom. Harga 0.855. Cukup untuk beli 17 lot je. Setiap kenaikkan 1 sen untung RM17. Jatuh satu sen rugi RM17. Jadi hati lebih tenang. Cari teknik yang boleh gandakan modal. Contoh modal RM1500, dalam masa 1 bulan dapat gandakan jadi RM3000. Maksudnya profit RM1500. Kalau dah boleh maintain begitu, baru boleh tambah modal. Lebih besar modal lebih besar profit. Cuma kalau boleh elakkan dari beli kaunter bawah 20 sen. Satu hari nanti, dah betul-betul mahir bersaham baru boleh cuba. Banyak iklan menjual impian mudahnya bersaham yang share screenshot keuntungan beli kaunter bawah 10 sen. Itu yang membuatkan ramai minat nak bersaham. Lepas tu abis rugi semua modal yang ada sebab susah nak bersaham ni sebenarnya. Diorang fikir nak jual kelas je. Sbb jual kelas lebih untung dari trade saham. Anak murid si jijan, modus operandi dia sama. Ada ustaz, ada ceramah, ada joget, ada puji-puji, ada motivasi, ada kelas berperingkat harga yahudi. Org tengah susah nak cari dulu, dia tak abis-abis nak kikis. Kelas saham berperingkat, setiap peringkat yuran ribu riban. Ok la. panjang lebar dah pulak. Lain kali la sambung. Lebih senang lukis dari tulis. Sbb tu sy suka tunjuk chart je. (update pd 7 Feb 2022 : oleh sebab sy tulis entry ni bln Nov 2020, screenshot dibawah kaunter vivovom, skrg nama ni dah tak wujud, dah tukar ke vinvest).

Kalau beli warrant vivocom boleh beli 40 lot. Tapi, sebab warrant pun selalu memusnahkan modal trader yang baru mula nak bersaham. Sy beli mothershare. Semata-mata nak tulis entry ni. Bagus kan? Hanya marhaen memahami sesama marhaen. Kalau ada apa-apa nak bawa berbincang, boleh la komen dkt bawah ya.


Satu lagi contoh, modal RM2050, beli kaunter harga RM1.20, dapat beli 17 lot je. Tapi profit RM438 (21%) jugak. Hati tenang, risk rugi RM17 utk setiap kejatuhan 1 sen.

Untuk bacaan lain berkaitan trade saham, boleh baca entry di bawah ini ya:

Bagaimana Untuk Profit Selalu Dalam Trade Saham?

Pantang Dalam Bersaham  

Kenapa Selalu Kerugian (Loss) Dalam Trade Saham?

Iklan, Jika berminat untuk pelajari Pakej Lengkap Belajar Analisis Teknikal, boleh klik pada image di bawah :


Ulasan

  1. Bagus artikel ni - complete tunjuk cara main saham dengan bahasa yang mudah difahami dan selamba. Saya skrg tgh main forex tapi mgkin nak berjinak-jinak ngan saham gak. Pernah dengar org ckp ,kalau nak main stock market US , Nov Dec ni la bulannya.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Entry Yang Menarik Perhatian Ramai

Kaunter Saham Berkaitan Emas / Gold di Bursa Malaysia

Fundamental Analysis : Kesan EPS Pada Pergerakan Harga Saham

Pengalaman Sukar dan Susahnya Berurusan Dengan RHB Bank

Penerangan dan Kajian Market Depth

Kelebihan Akaun CDS UOB dan Cara Nak Buka Akaun

Paling Banyak Dibaca

Penggunaan Time Frame Dalam Berdagang Saham

Kelebihan Akaun CDS UOB dan Cara Nak Buka Akaun

Mudahnya Trade Dengan Fibonacci Retracement

Teknik Setup Garisan Support dan Resistance SnR Yang Power dan Ngam-Ngam Sentuh

Trade Saham FIFO dan Intraday

Penerangan dan Kajian Market Depth